Assalamualaikum :)Senyumlah kepada ibu bapamu selagi mereka masih ada , kerana apabila mereka pergi meninggalkanmu , senyuman itu juga akan berlalu pergi :'( Ingat tak disaat kita dilahirkan mereka ada menemani , menangis kerana kegembiraan :') Hadir nya kita ke dunia yang indah ini . Mengasuh , membelai kita tanpa rasa jemu dan tidak pernah mengenal erti penat dan lelah :(
Mereka lah insan yang paling dekat dihati kita , IBU dan AYAH yang tersayang :) sesekali pernah kah kita terfikir ? mereka hanya lah pinjaman dari allah untuk seketika sahaja . Bila bila masa sahaja mereka akan pergi meninggalkan kita ,
Adakalanya juga terfikir , bagaimana hidup kita tanpa mereka ?
Pejamkan matamu untuk seketika ... gelap , kosong , sunyi . Tanpa sedar , air mata mula mengalir , pernahkah kita membahagiakan mereka ? pernahkah kita membalas jasa mereka ? pernahkah kita ucapkan kata kata sayang ? Ya Allah :'(
Ampunkan kami , maafkan kami , berikanlah kami kesedaran sebelum segala nya sudah terlambat . Bukalah pintu dan mata hati kami :'( lihatlah wajah wajah kesayangan . Penuh warna senyuman :)
Hargailah mereka sementara masih ada , peluklah tubuh mereka , kucuplah dahi mereka . Tataplah raut wajah mereka dengan penuh kasih sayang . Doakan , moga kita mampu menjadi anak yang soleh dan solehah sehingga ke ahir nafas hidup mereka :')
' Ya Allah , ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka kedua nya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil '
P/S : Kasih nya ibu bapa membawa ke syurga , Kasih nya seorang anak membawa sejuta bahagia :)
No comments:
Post a Comment